Awak rasa macam loser?
Ada hari-hari saya pun rasa macam tu.
Tengok kiri kanan kawan-kawan sebaya dah berjaya. Hebat-hebat.
Ada yang Dr muda-muda, phD dari luar negara. Ada yang bisnes berjaya, sales 5 angka. Ada yang travel merata (banyak betul duit nya?) Ada yang dah buat haji siap bawak ibu bapa.
Percayalah dengan takdir dan rezeki. It's okay kalau kita tak capai semua impian kita dalam masa terdekat ni.
Tak habis belajar? It's okay. Belum kahwin, takde anak? It's okay. Berhenti kerja sebab terlalu stress? It's okay. Tak capai sales 5 angka? It's okay.
Masih belum beli rumah sendiri? It's okay. Tak dapat travel ke luar negara? It's okay. Rasa macam orang pandang rendah pada kita? It's okay.
Hidup ni tak semua yang kita rancang menjadi.
Biar kan apa orang nak kata, yang penting kita tahu apa yang kita nak capai dalam hidup kita.
Usaha sungguh-sungguh untuk berjaya. Lambat atau cepat itu semua urusanNya.
Hidup senang itu susah.
Untuk hidup senang awak dah mula usaha sungguh- sungguh dari sekolah, tuntut ilmu siang malam di kuliah di universiti.
Selepas grad dari universiti susah-susah pula cari kerja. Jauh dan dekat. Belum tentu dapat.
Calon isteri pulak nak awak kerja hebat.
Calon isteri pulak nak awak kerja hebat.
Kawan yang tak masuk universiti pulak beli rumah dulu. Kerana pilihan susah juga. Susah kerja kuat dari lepas SPM dan susah-susah buat simpanan.
Dia bahagia, berumah tangga, anak dua. Comel belaka.
Kerana pilihan susah juga. Susah tak tidur malam. Suap makan. Susah didik anak. Hantar anak ke sekolah. Badan letih takde rehat. Dia korban tenaga, masa dan wang.
Kawan yang tak kahwin tu travel merata. Seronok betul. Sekejap London, esok Paris, lusa New York. Kerana pilihan susah juga.
Pilihan untuk susah-susah hidup independent. Semua urus sendiri. Shopping sendiri barang runcit. Belajar sendiri urus tayar pancit. Pergi klinik sendiri bila sakit.
Pasangan tu pulak semua ada. Rumah besar. Kereta besar. Isteri cantik. Suami hensem. Travel sana sini. Shopping suka hati.
Kerana pilihan susah juga. Pilihan untuk susah-susah kerja sampai lewat malam dan kerja hujung minggu. Susah sebab jarang-jarang jumpa. Susah sebab jarang-jarang dapat makan bersama.
Lebih baik awak jangan bandingkan perjalanan hidup awak dengan siapa-siapa.
Tak semua yang kita nak tu kita dapat. You win some, you lose some.
Semua orang rasa susah. Dalam susah ada senang.
Susah itu pilihan. Jadi pilih lah susah awak.
Muda-muda ni gunakan akal fikiran dan tenaga fizikal awak sebaik mungkin.
Kenal diri dan minat awak.
Belajar untuk manfaatkan kelebihan yang Allah beri pada awak.
Tetapkan impian untuk berjaya dan bila gagal jangan give up. Jangan stress. Jangan depressed.
Sebab semua yang berjaya pun sama macam awak.
Semua pun pernah gagal.
Mohon share sis..
ReplyDelete